Friday, November 7, 2014

Carta IKIM.fm Edisi Khas #2

Salam Sejahtera.


Mulai hari Ahad (19 Oktober 2014), Carta IKIM.fm kembali ke udara untuk mengupas senarai 30 lagu yang telah terpilih untuk memasuki penjurian profesional bagi memilih 10 lagu terbaik yang akan bertanding pada malam Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) pada 10 Januari 2015 nanti.

Untuk siaran hari Ahad 26 Oktober 2014, kumpulan Mirwana telah diundang sebagai tetamu untuk minggu ini. Dalam Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2005 (ACNI 2005), Mirwana berjaya muncul juara menerusi lagu Hikmah Kembara. Kumpulan Mirwana juga dinobatkan sebagai Kumpulan Baru Terbaik pada malam tersebut. Selain itu, lagu Hikmrah Kembara diisytiharkan sebagai Lagu Yang Paling Banyak Menjuarai Carta pada musim itu manakala lagu Aku Tanpa CintaMu (duet bersama Jay Jay) muncul Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta.


10 lagu yang menjadi perhatian minggu ini:

(11) Iman & Aman - Inteam
(Dakmie / B. Nury)
Minggu Dalam Carta: 38 minggu, Tempat Terbaik: Juara (15 kali)

Sebuah lagu yang diselitkan irama Tarannum disampaikan dengan vokal Inteam yang mantap. Terasa bersemangat untuk berjuang selepas mendengar lagu ini.


(12) Istighfar - Saujana
(Azalinor Abdul Rahman / Azalinor Abdul Rahman)
Minggu Dalam Carta: 22 minggu, Tempat Terbaik: ke-3

Kini lagu-lagu bercorak zikir dan selawat lebih mendapat dalam kalangan peminat. Lagu ini merupakan salah satu lagu tema drama Kifarah di TV3.


(13) Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun
(Adnan Abu Hassan / Hafiz Hamidun)
Minggu Dalam Carta: 14 minggu
Tempat Terbaik: ke-2

Mungkin disebabkan album Zikir Terapi Diri, anda mungkin terlupa Hafiz Hamidun juga seorang penyanyi. Lagu ini selalu disiarkan di radio-radio utama tempatan ini memiliki ciri-ciri mesra pendengar.


(14) Kasih - Mestica feat. Dakmie
(Dakmie / Dakmie)
Minggu Dalam Carta: 16 minggu, Tempat Terbaik: ke-7

Lagu ini bertahan agak lama dalam carta walaupun hanya memiliki pencapaian terbaik di tangga ke-7 carta. Vokal hebat Dakmie dan Mestica dalam lagu ini mungkin rahsianya.

Versi Live di sini

(15) Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
(Hafiz Hamidun / Ahmad Fedtri Yahya)
Minggu Dalam Carta: 52 minggu, Tempat Terbaik: Juara (14 kali)

Lagu paling lama bertahan dalam Carta IKIM.fm musim keenam. Lagu ciptaan Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya ini mengajak kita kembali mencintai junjungan besar kita, Nabi Muhammad (S.A.W).


(16) Kau Ditakdirkan Untukku - Inteam feat. Edcoustic & Suhaimi Saad
(Aden Edcoustic / Aden Edcoustic)
Minggu Dalam Carta: 16 minggu, Tempat Terbaik: ke-3

Melodi dan bait lirik indah menyulami lagu romantik ini (suami isteri sahaja harap maklum) adalah antara hasil karya terakhir Allahyarham Aden Edcoustic. Al-Fatihah.


(17) La Tahzan - Heliza Helmi
(Heliza Helmi & Hazwani Helmi / Heliza Helmi)
Minggu Dalam Carta: 10 minggu, Tempat Terbaik: Juara (3 kali)

Lagu ini merupakan nukilan hati Heliza Helmi berkenaan penderitaan umat Islam di Palestin. Maksud "La Tahzan" dalam Bahasa Malaysia adalah jangan bersedih.


(18) Laungan Cinta - Voice of Men
(Fathul Voice of Men & Damian Mikhail / Voice of Men)
Minggu Dalam Carta: 22 minggu, Tempat Terbaik: Juara (11 kali)

Harmoni vokal kumpulan yang pernah menyertai Akademi Nasyid TV9 dalam lagu ini menjadi pertaruhan mereka untuk layak ke peringkat akhir.


(19) Maafkan Aku - Nowseeheart
(Azahari Nowseeheart / Azahari Nowseeheart)
Minggu Dalam Carta: 24 minggu, Tempat Terbaik: ke-4

Elemen 'rock' dalam single baru Nowseeheart ini berjaya meletakkan lagu ini dalam senarai finalis Lagu Nasyid Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan) dalam Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) tahun lalu.


(20) Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - Amar
(Amar / Magictawau Alif)
Minggu Dalam Carta: 17 minggu, Tempat Terbaik: ke-2 

Fenomena Syasya Solero yang pernah menjadi 'viral' dalam media sosial dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Amar untuk dijadikan medium dakwah. Lagu ini adalah 'comeback' Amar setelah agak lama menyepi.


Bersambung.

No comments: